Saturday 9 March 2013

BAHAYA TIDAK IKHLAS

Dalam satu riwayat: " bahawa pada hari kiamat nanti, Allah S.W.T memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil ialah "orang alim", "orang kaya", dan "orang yang mati syahid berperang di jalan Allah S.W.T"
     Allah s.w.t bertanya kepada orang alim itu, " bukankah aku telah mengajarkanmu kitab yang telah aku turunkan kepada rasulKu? " Orang itu menjawab , "benar wahai tuhan". Allah s.w.t kembali bertanya, "Apa yang telah engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?". orang tersebut menjawab, "dengannya aku beribadat kepadaMu di malam hari dan siang hari" malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". Allah s.w.t berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim"
    Kemudian dipanggil orang kaya. Allah s.w.t berfirman, "engkau telah aku berikan rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab , "benar wahai tuhan". Allah s.w.t kemudian bertanya, "Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?". Dia menjawab,"dengannya aku bersilaturrahim dan juga bersedekah" Allah s.w.t berfirman "engkau berdusta". Malaikat juga berkata begitu. Allah s.w.t berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan ".
      Kemudian didatangkan orang yang gugur syahid selepas berperang di jalan Allah S.W.T. Maka Allah s.w.t berfirman "apa yang menyebabkan kamu terbunuh?". Dia menjawab "telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalanMU, maka aku berperang hingga terbunuh." Maka Allah s.w.t berfirman kepadanya "engkau berdusta". Malaikat juga berkata begitu. Allah s.w.t berfirman, "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani".
      Ketiga-tiga orang itulah yan pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat...!!!
"sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang amalan yang banyak, tetapi memandang keikhlasan pada amalan, kerana ikhlas itu rahsia Allah s.w.t"

No comments:

Post a Comment